Pada hari Selasa, 23 Februari 2016 adalah hari
terakhir Pn.Rabiah binti Ismail bertugas sebagai seorang guru besar di SK Kompleks
Rantau Abang kerana akan menjalankan tanggungjawab di sekolah baru iaitu di SK Pusat
Dungun.
Tiada kata seindah bahasa, oleh itu pantun
diganti sebagai ucapan dari kami.
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.
Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun jauh berbatu-batu,
Hilang di mata, di hati jangan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
ucapan daripada Ketua Pengawas SK Kompra |
No comments:
Post a Comment