Sunday 25 January 2015

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

21 Januari 2015 - Satu majlis ringkas bagi menyampaikan bantuan awal persekolahan 2015 kepada pelajar SK Kompleks telah diadakan di Dewan Terbuka SK Kompleks. Bantuan tersebut sebagaimana yang diumumkan dalam bajet 2015 bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa. Bantuan telah disempurnakan oleh En.Noh bin Ayob, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.

 









WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PERPUSTAKAAN (PSS)

Pada 18 Januari 2015, SK Kompleks telah mengadakan satu majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Sarjan Ramlee bin Saat dan Inspektor Yaakob bin Md.Taib. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab. Ianya bertujuan meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik serta menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional. 








 

Sunday 11 January 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2015

hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca mengira
tetapi cikgu begitu tabah
mengajar kami sungguh-sungguh
bermula ABC sampai Z
hitung 1 sampai 10
baru ejaan dan kira-kira
kami belajar dengan lancar
berkat kesabaran
guru bijaksana
memberi pelbagai petunjuk
hari demi hari
kamipun mengerti
pelajaran nilainya tinggi
kami ingat setiap masa
jasa guru mendidik bangsa
sambutlah ini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU











KEMBALI KE SEKOLAH 2015


Thursday 1 January 2015

PENDAFTARAN MURID 2015

Pada 1 hb Januari 2015, pendaftaran murid bagi sesi persekolahan 2015 telah diadakan. Sesi persekolahan yang sepatutnya dibuka pada 5hb Januari 2015 telah ditangguhkan pada 11hb Januari 2015 sempena bencana banjir yang telah melanda negara ini.












"DETIK BERGANTI, MINIT BERGANTI, JAM BERGANTI, TAHUN BERGANTI"