Tuesday 28 April 2015

KEMBARA SIHAT


Bertempat di SK Kompleks Rantau Abang telah berlangsung Program Kembara Sihat 10000 Langkah yang telah diadakan pada 23 April 2015. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini melibatkan 10 buah sekolah lain antaranya: SK Kg. Baru Kuala Abang, SK Seberang Dungun, SK Pulau Serai, SK Sultan Omar, SK Tanjung Pati, SK Kuala Abang, SK Pusat Dungun, SK Tok Kah, SK Bandar Dungun dan SK Tanjung Pati.



Program tersebut turut diserikan dengan beberapa acara sampingan seperti senaman erobik, ceramah (makanan untuk sihat) pemeriksaan kesihatan, pameran dan kuiz kembara.









Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dengan kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.













Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.





KEM MEMBACA 1MALAYSIA


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan  Kem Membaca 1Malaysia 2015 (KM1M 2015) pada 22 April 2015. Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.














LADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Ladap Pembelajaran Abad ke 21 telah berlangsung pada hari Rabu , 22 April 2015 di Makmal Maya SK KOMPRA. Ladap yang telah dikelola oleh Pn.Rabiah binti Ismail.




Moga-moga ilmu yang diperolehi dalam LADAP kali ini dapat memberikan suntikan semangat buat guru-guru dalam melaksanakan kaedah pembelajaran abad ke 21 di dalam bilik darjah.