Monday 29 February 2016

PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM 2016

Perarakan Apresiasi peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 23.02.2016 hari selasa sempena menyahut seruan dari Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin,Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Perarakan ini melibatkan semua guru dan murid yang terdiri daripada unit-unit beruniform. Semoga aktiviti ini memberi semangat dan keyakinan yang tinggi kepada semua guru dan murid dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.











MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR (RABIAH BINTI ISMAIL)

Pada hari Selasa, 23 Februari 2016 adalah hari terakhir Pn.Rabiah binti Ismail bertugas sebagai seorang guru besar di SK Kompleks Rantau Abang kerana akan menjalankan tanggungjawab di sekolah baru iaitu di SK Pusat Dungun.

Tiada kata seindah bahasa, oleh itu pantun diganti sebagai ucapan dari kami.
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun jauh berbatu-batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

ucapan daripada Ketua Pengawas SK Kompra







MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12 2016

Pada 18 Febuari 2016 (Khamis), Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12 telah diadakan mengikut agenda yang ditetapkan. Majlis ini telah dirasmikan oleh En.Mohd Asri bin Mohamad, Ketua Pemuda UMNO Dungun.

Mesyuarat Agung Tahunan ini bertujuan untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetuskan idea yang bernas demi menjana kemajuan dan meningkatkan akademik, disiplin dan kokurikulum di sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru. Semoga jaringan erat yang terbentuk antara ibu bapa dan pihak sekolah menjadi pemangkin kepada SKKompra untuk menempa kejayaan dan kegemilangan sepanjang tahun 2016.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung :


Pendaftaran ibubapa/guru-guru/jemputan

Ketibaan Yang Berbahgia Ketua UMNO Dungun
Ucapan perasmian oleh En.Mohd Asri bin Mohamad
Ucapan Yang Dipertua PIBG (En.Mat Jenom bin Abd.Ghani)

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2015

Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan 







Mesyuarat Agung PIBG 2016/2017




Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG buat kali ke-12. Tahniah kepada En.Mat Jenom bin Abd.Ghani yang terlantik semula ke jawatan Yang Dipertua (YDP) PIBG. Kepada AJK baru dan lama yang dilantik semoga dapat membantu sekolah dalam segala bidang - kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pengurusan, fizikal dan lain-lain lagi. Sesungguhnya kolaborasi antara PIBG dan sekolah selama ini sangat mantap di mana banyak kejayaan telah diraih dan program pembangunan telah dilakukan. Justeru diharapkan semoga AJK sesi kali ini dapat meneruskan legasi tersebut bahkan kalau boleh lebih cemerlang lagi. Insya Allah..

Sunday 28 February 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2016

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2016 telah berlangsung pada hari Ahad iaitu pada 31 Januari 2016.
Majlis penyampaian watikah pelantikan ini diadakan di Dewan Tebuka Sekolah Kebangsaan Kompleks Rantau Abang dengan disaksikan oleh semua murid dan warga guru SK Kompleks.Turut diundang bagi merasmikan majlis penyampaian watikah tersebut adalah Inspektor Mohd Izam bin Kurish.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis itu berlangsung.






Bacaan ikrar pengawas oleh Ketua Pengawas SK KOMPLEKS 2016


Barisan guru Jawatankuasa Pengawas bersama-sama pengawas PSS yang baru dilantik

Diharapkan agar murid-murid yang terpilih sebagai pengawas sekolah,pengawas PSS dan ketua kelas dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh jujur dan berdedikasi.