Thursday 19 November 2015

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan telah berlangsung pada 16 November 2015, bersamaan hari Selasa bertempat di Dewan Terbuka SK Kompleks Rantau Abang. Majlis tersebut bermula pada  pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Objektif  Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan  untuk memberi  penghargaan  oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2015. Ketibaan para tetamu jemputan dan ibu bapa serta tetamu kehormat bermula pada pukul  8.30 pagi. Para penerima anugerah telah mendaftarkan  kehadiran mereka  di meja pendaftaran dan  mereka berkumpul di Dewan sementara menunggu tetamu kehormat tiba. Sesi pendaftaran kehadiran para jemputan dapat dilaksanakan dengan lancar.






Demi memberkati majlis anugerah kecemerlangan ini,  bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Sobari bin Bakar. Kemudian, majlis diteruskan  dengan ucapan alu-aluan Puan Rabiah binti Ismail, Guru Besar SK Kompleks Rantau Abang kepada semua tetamu yang hadir. Seterusnya, ucapan daripada YDP PIBG, Encik Mat Jenom dan ucapan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Dungun iaitu En. Johari serta merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2015.





Kemudian, para tetamu ditontonkan dengan persembahan koir daripada pelajar-pelajar tahap 2.



Selepas itu, bermulalah acara penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Sebagai  penyeri  majlis pada hari itu, satu persembahan daripada PraSekolah yang dibimbing oleh Pn.Nurul Akmar Abu Bakar begitu menarik sekali dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir.









Kemudian,  majlis pada hari ini disambung  kembali dengan  penyampaian sijil serta hadiah kepada  pelajar-pelajar yang cemerlang dan persembahan yang bertenaga daripada pelajar tahap 1 yang dipimpin oleh cikgu Abu Hanifah Abu Bakar.










Selepas itu, majlis diteruskan dengan majlis graduasi pelajar Tahun 6.









Akhir sekali majlis diteruskan dengan perarakan TOKOH MURID 2015 iaitu Adik Nur Damia Syafiqah Binti Ahmad.






Secara keseluruhannya, Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini  telah disempurnakan dengan jayanya  , hasil  usaha gigih dan kerjasama semua warga sekolah SK Kompleks Rantau Abang dari peringat  awal hingga akhir dan berjaya mencapai objektifnya.