Sunday 28 June 2015

PROGRAM TEMU MURNI PERTENGAHAN TAHUN


25 Jun 2015 - Program bersama ibu bapa /penjaga murid diadakan selepas selesai murid-murid menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Program yang bertujuan untuk melihat pencapaian anak-anak dan perbincangan bersama guru-guru untuk memperbaiki serta meningkatkan pencapaian dalam ujian akan datang.








Program bagi tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR diambil oleh Cikgu Zulina Abd. Aziz yang menyampaikan taklimat serta melaporkan pencapaian murid-murid tahun 6.









Perbincangan ibu bapa dengan guru-guru diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran anak-anak seterusnya membawa kejayaan yang sama-sama diharapkan.

PROGRAM SENTUHAN KASIH UPSR 2015


Program setengah hari  anjuran dan kerjasama Guru-Guru Tahun 6  telah diadakan pada 22 Jun 2015 di makmal maya  SK KOMPRA. Program ini bertujuan untuk membina keyakinan dan menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2015.








Jutaan terima kasih pada Pn Shamsiah bt Abd. Razak selaku Penceramah Motivasi kerana sudi hadir bagi menjayakan program ini.




KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015
Tarikh : 26 Mei 2015 hingga 27 Mei 2015
Tempat: PADANG SK KOMPRA






















Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan temasya sukan tahunan kali ini.