Thursday 27 November 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014 : SATU PERMULAAN KEPADA YANG LEBIH BESAR

Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua guru SK KOMPRA diatas kecemerlangan keputusan UPSR semalam. Keputusan calon yang mendapat keputusan 5A telah meningkat pada tahun ini.

Tak kira apa keputusan mereka kena redha, panjatkan syukur, sesungguhnya itu mungkin keputusan terbaik saat ini untuk perjalanan yang lebih baik di masa hadapan.








CALON YANG MENDAPAT KEPUTUSAN 5A

MAJLIS PERSARAAN PK 1

Tanggal 20 November 2014 merupakan satu hari yang bersejarah untuk warga SK KOMPRA. Hari ini adalah hari terakhir untuk Penolong Kanan 1 sekolah ini menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan kerana beliau telah genap umur 58 tahun dan akan bersara wajib dari jawatan di perkhidmatan awam. Begitulah kisah Cikgu Razali bin Omar yang telah berkhidmat di sekolah ini bermula April 2004 yang lalu. Kami warga SK KOMPRA telah berada di bawah jagaan beliau selama 10 tahun dan sepanjang berada di bawah pentadbirannya, kami mendapat banyak pengalaman yang amat berharga.Di bawah ini saya kongsikan antara gambar-gambar menarik sepanjang majlis 
























Akhir kata... Selamat Bersara Cikgu, semoga cikgu terus sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

Pada 13 November 2014, SK KOMPRA telah mengadakan HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN. Majlis ini bagi mengiktiraf dan menghargai pencapaian murid-murid mengikut bidang mereka pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Di samping itu juga bagi memberi dorongan kepada murid-murid agar terus berusaha hingga mencapai tahap yang cemerlang dan gemilang dalam akademik.


















Thursday 13 November 2014

HARI KOKURIKULUM PERINGAT SEKOLAH

Pada 11 November 2014, SK KOMPRA telah mengadakan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah. Hari Kokurikulum ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, ianya juga diharap dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform. Berikut adalah aktiviti- aktiviti yang sempat dijalankan pada 
Hari Kokurikulum tersebut:



PERTANDINGAN MEMASAK
Pertandingan memasak selera kampung ini melibatkan murid Tahun 6








PERTANDINGAN KOLAJ
Pertandingan kolaj ini melibatkan murid Tahap 1 dan Pra








PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
Pertandingan mencipta logo menggunakan bahan kitar semula ini melibatkan murid Tahun 5






BERSAMA MARRYBROWN