Thursday 7 April 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016

9 Mac 2016 -  Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Kompleks Rantau Abang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, En Abu Hanifah Bin Abu Bakar  dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada payung sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2016.














MAJLIS TEMU MURNI TAHUN 6 / 2016

SK Kompleks Rantau Abang, 06 Mac 2016 - Jawatankuasa UPSR SKKOMPRA telah mengadakan Majlis Temu Murni Tahun 6 yang melibatkan guru-guru, Murid Tahun 6 serta para ibu bapa. Program ini adalah bagi mencambahkan lagi usaha dan komitmen para ibu bapa serta murid tahun 6 sendiri dalam mencipta kejayaan anak masing-masing. Pertemuan dua hala ini diadakan di Dewan Terbuka SKKOMPRA dengan membentangkan prestasi TOV murid tahun 6 serta merangka gerak kerja serta kerjasama dua hala pihak sekolah dan ibu bapa.









Program Mentor Mentee Tahun 6

Program Mentor Mentee ini adalah salah satu inisiatif bantuan bimbingan terhadap murid yang dirancang oleh pihak sekolah dan ianya adalah khusus untuk murid-murid Tahun 6, dan semua guru SKKOMPRA.Program ini dirancang untuk cuba mengatasi masalah atau kelemahan murid di sekolah. Dengan adanya program ini, guru akan lebih dekat untuk mendalami dan cuba untuk memahami masalah murid secara lebih menyeluruh. Bilangan kawalan guru ke atas murid yang lebih kecil sudah pasti akan dapat merealisasikan tujuan sebenar program Mentor Mentee ini. Pengisian bagi setiap perjumpaan di susun atur dengan perkara-perkara yang sememangnya dirancang untuk kebaikan murid.Kemudian majlis diteruskan dengan penyerahan mentee kepada mentor yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Setiap mentor diberi fail maklumat berkaitan prestasi murid untuk dianalisis oleh guru berkaitan.