Tuesday 13 October 2015

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Sambutan hari sukan peringkat sekolah merupakan satu program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti sempena Aidilfitri yang lalu. 




Hari sukan negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. 








LAWATAN BERMAKLUMAT TAHUN 6 KE KUANTAN

TARIKH : 30HB HINGGA 2 OKTOBER 2015
DESTINASI: GAMBANG WATERPARK
PESERTA: 32 (MURID), 4 (GURU) DAN 5 (PIBG SEKOLAH)

Lawatan ini sesungguhnya amat bererti buat para guru dan murid-murid tahun 6. Selain meraikan murid-murid tahun 6 yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR, guru-guru dan murid-murid dapat menggunakan waktu dan peluang ini untuk rehat minda dan melepas lelah setelah bertungkus lumus  dalam UPSR 2015. Dengan adanya lawatan ini juga, guru dan murid boleh merapatkan ukhwah bersama. Alhamdulillah seronok! :)












Suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh murid-murid SK Kompleks Rantau Abang.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-58

Sempena bulan kemerdekaan pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan. Sempena sambutan tersebut, beberapa aktiviti untuk murid-murid telah dianjurkan bagi menanamkan semangat patriotik dalam jiwa mereka.


Sambutan telah diadakan  pada 17 SEPTEMBER 2015 (Khamis) dan berikut adalah gambar sekitar majlis tersebut.
LOGO RASMI HARI KEMERDEKAAN 201





PERSEMBAHAN MURID TAHAP 2
PERTANDINGAN PUZZLE

USTAZAH RAJA NOORAIN MENDEKLAMASIKAN SAJAK KEMERDEKAAN







PERARAKAN BASIKAL BERHIAS


Monday 12 October 2015

PROGRAM REHAT MINDA TAHUN 6

Pantai Teluk Bidara, Dungun - 30 OGOS 2015, Program Rehat Minda Murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR telah diatur dan dijalankan dengan jayanya. Objektif utama program ini adalah memberikan kerehatan minda serta mencetuskan emosi positif bagi calon UPSR kali ini.