TARIKH: 02 DAN 03 MEI
2015
HARI: ISNIN DAN
SELASA
TEMPAT : De’ Pengkalan Nature & Lodge, Rantau Abang
Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya
kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang
ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar khususnya pengawas, pengawas pusat
Sumber amat diperlukan dalam sesebuah
sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan
sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah. Pengawas
dan pengawas pusat sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam
membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan
dan input kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka. Kewajipan melahirkan
pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.
No comments:
Post a Comment