Thursday, 7 April 2016
Program Mentor Mentee Tahun 6
Program Mentor Mentee ini adalah salah satu inisiatif bantuan bimbingan terhadap murid yang dirancang oleh pihak sekolah dan ianya adalah khusus untuk murid-murid Tahun 6, dan semua guru SKKOMPRA.Program ini dirancang untuk cuba mengatasi masalah atau kelemahan murid di sekolah. Dengan adanya program ini, guru akan lebih dekat untuk mendalami dan cuba untuk memahami masalah murid secara lebih menyeluruh. Bilangan kawalan guru ke atas murid yang lebih kecil sudah pasti akan dapat merealisasikan tujuan sebenar program Mentor Mentee ini. Pengisian bagi setiap perjumpaan di susun atur dengan perkara-perkara yang sememangnya dirancang untuk kebaikan murid.Kemudian majlis diteruskan dengan penyerahan mentee kepada mentor yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Setiap mentor diberi fail maklumat berkaitan prestasi murid untuk dianalisis oleh guru berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
SUMBANGAN DERMA IKHLAS DI ATAS PEMERGIAN IBU SALAH SEORANG PEKERJA KEBERSIHAN SEKOLAH, EN MOHD AZUAN BIN NAWI. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMA...
-
Program anak angkat (yang dikenali dengan program Mentor mentee adalah salah satu program kecemerlangan UPSR. Dalam program ini ...
No comments:
Post a Comment