Tuesday 10 February 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul  telah diadakan pada 22 Januari 2015 bertempat di dewan terbuka SK Kompleks. Terima kasih kepada ustaz Mohd Kamsani bin Abd.Kadir yang telah diundang sebagai penceramah pada hari sambutan tersebut. Beliau merupakan guru dari SK Kuala Dungun.

Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

 GAMBAR-GAMBAR:











 

No comments:

Post a Comment