Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Kompleks berlangsung dengan meriah pada 27 Januari 2015. Program
tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah
melibatkan semua murid Tahun 1 hingga 6 yang berada dalam 4 buah rumah sukan, iaitu merah, biru, hijau dan kuning.Setiap murid yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke lima untuk
setiap aliran dan jantina layak menyumbangkan mata kepada rumah sukan
masing-masing. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan semua guru dan murid yang hadir.Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh cikgu Azmi kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan
lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran sekitar Kg.Rhu Batil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

-
SUMBANGAN DERMA IKHLAS DI ATAS PEMERGIAN IBU SALAH SEORANG PEKERJA KEBERSIHAN SEKOLAH, EN MOHD AZUAN BIN NAWI. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMA...
-
Program anak angkat (yang dikenali dengan program Mentor mentee adalah salah satu program kecemerlangan UPSR. Dalam program ini ...
-
TARIKH : 04 APRIL 2018 TEMPAT : DEWAN SRI RANTAU SK KOMPRA MASA : 9.00 PAGI Pihak sekolah telah mengadakan majlis penyerahan ...
No comments:
Post a Comment