Thursday, 12 February 2015

PROGRAM JAWATANKUASA KESELAMATAN JALANRAYA

12 Februari- bertempat di dewan terbuka SK Kompleks Rantau Abang, telah diadakan Ceramah Keselamatan Jalan Raya. Ceramah tersebut telah dihadiri oleh semua guru dan murid-murid.
Program adalah bermatlamatkan memberi pengetahuan kepada seluruh warga SK Kompleks tentang cara-cara menggunakan jalan raya dengan selamat serta menyedarkan kepada mereka akan hak serta tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.
Ceramah berkenaan Keselamatan Jalan Raya tersebut telah disampaikan oleh En.Ramli bin Jusoh dari JKJR, Terengganu. Selain ceramah, turut diadakan tayangan video, acara kuiz serta penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz.


























CERAMAH KESIHATAN ORAL (GOSOK GIGI)





Kerjasama diantara kementerian-kementerian di negara kita banyak membantu didalam perkembangan kehidupan rakyat.  Institusi pendidikan tidak ketinggalan menerima kerjasama daripada jabatan-jabatan kerajaan setempat.



Kementerian Kesihatan, di dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan rakyat, menjalankan Program Rawatan Gigi Sekolah.  Doktor dan jururawat akan membentuk pasukan bergerak dan menjalankan tugas mereka untuk satu jangkamasa yang kekadang melebihi seminggu di sesebuah sekolah mengikut kapasiti keperluan dan bilangan murid di sekolah tersebut.







 SK Kompleks Rantau Abang tidak ketinggalan menerima perkhidmatan ini.  Selain daripada sesi pemeriksaan dan rawatan gigi, murid-murid juga diberi satu sesi Amali Menggosok Gigi Yang Betul.  Kerjasama murid-murid membawa berus gigi, ubat gigi dan gelas untuk sesi pembelajaran ini amat membanggakan.  Suasana sesi amali itu juga memudahkan para jururawat memberi penerangan kepada murid-murid. 














MAJLIS TEMU MURNI UPSR 2015



Pada 9 Februari 2015, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya. 

      Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk  mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2015. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.

       Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK Kompleks Rantau Abang akan terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan. 






















Majlis ini telah diakhiri dengan "aku janji" murid-murid tahun 6.