25 Jun 2015 - Program bersama ibu bapa /penjaga murid diadakan selepas selesai murid-murid menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Program yang bertujuan untuk melihat pencapaian anak-anak dan perbincangan bersama guru-guru untuk memperbaiki serta meningkatkan pencapaian dalam ujian akan datang.
Program bagi tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR diambil oleh Cikgu Zulina Abd. Aziz yang menyampaikan taklimat serta melaporkan pencapaian murid-murid tahun 6.
Perbincangan ibu bapa dengan guru-guru diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran anak-anak seterusnya membawa kejayaan yang sama-sama diharapkan.